Sunday, February 6, 2011

Di saat ini ...

Aku bangkit melawan kegundahan hati apabila cahaya kehidupan di hari hari mendatang masih samar. Aku kebingungan memikirkan sesuatu yang aku rasakan mustahil untuk aku berdepan. Inilah dugaan yang harus ku tempuhi, sesungguhnya aku percaya dan yakin Tuhan tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan kemampuan kita memikulnya.

Kesunyian yang ku rasakan di dalam meniti detik antara waktu ini memberikan inspirasi buat ku mencoret erti sebenar perasaanku tentang kehidupan dan cinta.

Inilah sebuah cebisan kehidupan ceritera cinta insan kebanyakkan seperti aku...

Adakah Aku yang dicari belasNya?

Aku bingung memikirkan persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di mindaku, Kemanakah arah tujuan ku yang sebenar? Kemanakah harus ku melangkah? Dimanakah permulaannya dan bagaimanakah pengakhiran tentang kembara cinta ku ini?

Aku masih buntu kerana Aku masih tercari-cari jawapan tentang persoalan itu, Aku masih rungsing kerana tiada titik permulaan yang ku temui. Aku keseorangan dan kesunyian. Itulah realitinya .. Realiti yang terpaksa aku telan walaupun sejujurnya aku sendiri yang merelakannya .. tertanya tanya sendirian adakah Aku yang dicari belasNya? 

Aku takut melangkah kerana ku takut berdepan dengan diri aku sendiri .. Aku bertaruh dengan jiwa dan perasaan ku sendiri .. Apakah aku rela tersungkur dan rebah sebelum cinta yang belum berputik itu hadir ?  Mungkin jawapan itu sukar di cari kerana ia ada di depan mata sebenarnya..  Pilihan ku ? Tersenyum kelat aku masih belum bersedia ingin mengetahuinya ... Itulah ceritera cinta tentang Aku ... mungkin disinilah titik permulaan kisah suka duka ingin aku persembahkan ...



No comments:

Post a Comment