Monday, February 7, 2011

Detik Antara Waktu - Episod 2

                                     

Citer dah start .. citer dah start ...


*Lagu Tema berkumandang .... (Dannn Masih Ku Menantii.. dari Mimpi tak ku Fahami .. Cintaaaa. Ini .. Tak Membawa ku Pergi ...) %^&&*
 SuDah sudahhh ... cukup cukup ... memekik jer kerja ko iyer..  !! *aleh aleh ... makcik sebelah dah sound daaa ....

........................................................................................................................


   Apakah ayat pertama yang harus ku tulis  err.. haa .ha. dapat ..… erm .. emm .. *(termenung … tik tok tik tok ..spacebar dann  .. dan … termenung lagi … tik tok tik tok ..  masih .… tengok screen …n err haa ..  fullstop).  Jam berdetik tiap saat hampir lewat malam ..  Aku masih di atas kerusi kayu yang tak berapa empuk ini, masih mencari idea untuk  aku curahkan di blog pertenakkan aku yang tak berapa nak hidup ini ..  dan hatiku hampa .. “Ya Tuhanku .. berilah aku petunjuk dan ketenangan dalam menghadapi semua ini ..” Aku berdoa walaupun doa ku tak tepat .. erkk ..


   Aku bingkas bangun dan menuju ke ruang tamu dan baru sahaja ingin aku menikmati sofa empuk yang .. yang .. “kring .. kring …kring kring ..” Ah bunyi bising yang sungguh mengilukan telinga aku sebab telefon Sony Ericson K550i ku yang sudah usang ini belum masih ku cari pengganti … biasa la bila sudah masuk air ..* macam Tuan dia jugak .. Haish! %^^& sempat perli lagi tu …
“Assalamualaikum” Sayu hati ini tatkala mendengar ucapan salam dari bondaku yang tersayang .. lantas aku menjawapnya .. “ Waalaikummusalam Ma” .. Bla.. Bla.. Bla.. (menyibuk jer nak tahu perbualan orang lain) twink twink “Insya Allah.. Ok .. er faham ,, yerr .. Assalamualaikum”Aku mengakhiri perbualan telefon dengan mak aku. Mak Aku kim salam dekat korang semua .. Jawap jangan tak jawap .. berdosa kalau tak jawap salamm .. (*cepat la cerita.. bosan menunggu ni) Aik .. dari manakah suara itu …


   Sayup sayup ku terdengar suara gemersik itu … Ulik .. Mayang ku Ulik …. Ulik dengan jala jemala … Ah .. sungguh ku tak percaya ..ohh.. EL .. elly … Elly Mazlein ? di dalam rumahku ?? di tepi sofa ku ??? dan di depan mataku ????.. biar betul !!! “ Tuan Hamba, Tuan janganlah berasa hairan .. Hamba datang kerana ingin menyampaikan hajat ..” Belum sempat Elly Mazlein menghabiskan ayat ayatnya Aku terus pengsan … dan Kringggggggggggggggggggggg!!!! *(penggera jam yang ntah berapa kali berbunyi)
Aku tersentak … aduhhhhhh !!! Ya Allah … kaki Akuu …. kaki aku terseliuhh … Alamak .. Dah pukul 9 pagi ???… Aku  bergegas bangun dan mencapai tuala di dalam bilik .. lantas er … (*takkan nak pergi memasak kot … faham faham jer la yerbak kata Nabil Lu pikirlah sendiri!!) hehe jangan mare ..


     Dushhhhh berlari lari aku mengejar bas …. Bas RabitKL ni selalu begituu … geramm!! .. takkan lah tak Nampak aku dok melangut macam tiang elektrik menanti buah cempedak jatuh menjelupuk dekat sini ^&*$ ..(*kenapa buah cempedak? Ahhh takde masa nak bagitau lain kali yer ..).. dann Ohh .. Sungguh Aku berasa sangat Malu dan malu dan semalunyaa .. macam perempuan letak blusher ...  (*betul ke ejaan ku) .. Rupa rupanya ..dan takk seberapa rupanya ini ... Aku menunggu di dalam tempat berhadas rupanya ..aisehh .. (*masih ku bermimpi di dalam tandas laaaa ) …

*Sampai sini je ke ?? ... yerla sampai sini jer la .. tunggu tahun depan plak aku karang!  huk huk huk

Bersambung ....

Detik Antara Waktu - Episod 1


*Lagu Tema berkumandang .... (Dannn Masih Ku Menantii.. dari Mimpi tak ku Fahami .. Cintaaaa. Ini .. Tak Membawa ku Pergi ...)

..................................................................................................

  "Ahh .. kenapa susahnya nak melelapkan mata ni?" Aku merengus sendirian di dalam hati. Sejak kebelakangan ini hati aku tidak tenteram. Aku sentiasa di dalam keadaan resah gelisah, nadiku berdenyut laju seperti sekumpulan nelayan yang sedang berlawan dengan ombak di lautan yang menghempas pulas dikala ribut melanda.


    Pada pagi itu, cuaca mendung seakan berarak meliputi awan berisi hujan yang menunggu masa untuk menitis di muka bumi ini. Aku tersenyum gembira melihatkan keadaan di luar sana yang begitu, kerana pada hari itu hari aku bercuti .. Oh! aku terlupa, mungkin ada di antara kalian yang merasakan pagi itu adalah pada hari Sabtu atau Ahad mungkin juga hari Jumaat (di sebelah kedah,kelantan dan terengganu) dan semestinya jawapan itu.. Salah! .. haha hari tersebut adalah pada hari Isnin.


…..ahoks ahoks*batuk tak menjadi! .. Tumpang lalu Tok nak melintas ni haa  … (Apa ni Tok!..xde kena mengena dalam cerita ini dalam novel lain ok ... ketepi ketepi .. ) *lupakan lawak ini ...


Ok ok .. jangan mengecilkan mata kalian begitu .. aku mengerti sememangnya kalian masih lagi tertanya tanya siapakah Aku di dalam cerita ini bukan ?


     .. Aku adalah Aku.. yaa memang betul nama Aku ialah Aku. Kenapa Aku? Tanyalah si penulis yang syok sendiri itu.. *ermm Penulis masih berteka teki tentang jantina ku $%^^&#$  haha ok ok pak ampun … Penulis membisikkan kepada ku, Aku dilahirkan sebagai seorang Lelaki, bukan hendak membangga diri tetapi Aku mempunyai rupa paras yang boleh dikatakan sebagai seorang yang ermm agak kacak macam Hero Remaja? *nah baldi …  sila muntah di dalam baldi yang disediakan .. Biarpun Aku baru merasai hidup di dalam cerita ini, Aku sudah berusia 21 tahun ..ehem ehem usia remaja yang sedang meniti saat saat manis kehidupan dan membolehkah Aku mendapat lesen bersosial .. opss bukan lesen untuk masuk ke kelab kelab siang ok .. Berbalik kepada cerita Aku .. Aku bekerja sebagai seorang pelayan@waiter di salah sebuah restoran makan cepat hehe *fast food la .. Erm apa nama restoran dan tempatnya Aku sendiri pun tak tau sebab penulis tidak pernah memberitahu kepada Aku dan yang paling penting Aku masih bujang dan teruna.. ^-^. Yeah!! Ohh itu bukanlah persoalan penting pun tiada kena mengena sama ada yang hidup atau yang mati .. AHH! Apalah yang Aku merepek ni … Ok Ok … Jangan tutup thread ini lagi …  


     AMARAN!! Ini bukan sebuah cerita cinta macam kisah Salju Putih atau Kereta Labu dengan Kasut Kaca .. and then they lived happily ever after !! .. ia adalah er er hanya lah sebuah cinta biasa yang membiarkan kalian tertanya tanya dimanakah tanda noktahnya dan Ada Aku Kisah? *Ayat nak kena bagi Penampar jerk! Dush dush dush eh…eh  silap pang ping pongg!!


     Dan tersebutlah kisah tentang Aku di dalam “ Detik Antara Waktu”

ok cutt!!! cut!!! dah dah balik balik ...


 Director dah beri lampu merah hehe … sambung esok esok jerla yer …hehe   

Sunday, February 6, 2011

Di saat ini ...

Aku bangkit melawan kegundahan hati apabila cahaya kehidupan di hari hari mendatang masih samar. Aku kebingungan memikirkan sesuatu yang aku rasakan mustahil untuk aku berdepan. Inilah dugaan yang harus ku tempuhi, sesungguhnya aku percaya dan yakin Tuhan tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan kemampuan kita memikulnya.

Kesunyian yang ku rasakan di dalam meniti detik antara waktu ini memberikan inspirasi buat ku mencoret erti sebenar perasaanku tentang kehidupan dan cinta.

Inilah sebuah cebisan kehidupan ceritera cinta insan kebanyakkan seperti aku...

Adakah Aku yang dicari belasNya?

Aku bingung memikirkan persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di mindaku, Kemanakah arah tujuan ku yang sebenar? Kemanakah harus ku melangkah? Dimanakah permulaannya dan bagaimanakah pengakhiran tentang kembara cinta ku ini?

Aku masih buntu kerana Aku masih tercari-cari jawapan tentang persoalan itu, Aku masih rungsing kerana tiada titik permulaan yang ku temui. Aku keseorangan dan kesunyian. Itulah realitinya .. Realiti yang terpaksa aku telan walaupun sejujurnya aku sendiri yang merelakannya .. tertanya tanya sendirian adakah Aku yang dicari belasNya? 

Aku takut melangkah kerana ku takut berdepan dengan diri aku sendiri .. Aku bertaruh dengan jiwa dan perasaan ku sendiri .. Apakah aku rela tersungkur dan rebah sebelum cinta yang belum berputik itu hadir ?  Mungkin jawapan itu sukar di cari kerana ia ada di depan mata sebenarnya..  Pilihan ku ? Tersenyum kelat aku masih belum bersedia ingin mengetahuinya ... Itulah ceritera cinta tentang Aku ... mungkin disinilah titik permulaan kisah suka duka ingin aku persembahkan ...