Monday, February 7, 2011

Detik Antara Waktu - Episod 1


*Lagu Tema berkumandang .... (Dannn Masih Ku Menantii.. dari Mimpi tak ku Fahami .. Cintaaaa. Ini .. Tak Membawa ku Pergi ...)

..................................................................................................

  "Ahh .. kenapa susahnya nak melelapkan mata ni?" Aku merengus sendirian di dalam hati. Sejak kebelakangan ini hati aku tidak tenteram. Aku sentiasa di dalam keadaan resah gelisah, nadiku berdenyut laju seperti sekumpulan nelayan yang sedang berlawan dengan ombak di lautan yang menghempas pulas dikala ribut melanda.


    Pada pagi itu, cuaca mendung seakan berarak meliputi awan berisi hujan yang menunggu masa untuk menitis di muka bumi ini. Aku tersenyum gembira melihatkan keadaan di luar sana yang begitu, kerana pada hari itu hari aku bercuti .. Oh! aku terlupa, mungkin ada di antara kalian yang merasakan pagi itu adalah pada hari Sabtu atau Ahad mungkin juga hari Jumaat (di sebelah kedah,kelantan dan terengganu) dan semestinya jawapan itu.. Salah! .. haha hari tersebut adalah pada hari Isnin.


…..ahoks ahoks*batuk tak menjadi! .. Tumpang lalu Tok nak melintas ni haa  … (Apa ni Tok!..xde kena mengena dalam cerita ini dalam novel lain ok ... ketepi ketepi .. ) *lupakan lawak ini ...


Ok ok .. jangan mengecilkan mata kalian begitu .. aku mengerti sememangnya kalian masih lagi tertanya tanya siapakah Aku di dalam cerita ini bukan ?


     .. Aku adalah Aku.. yaa memang betul nama Aku ialah Aku. Kenapa Aku? Tanyalah si penulis yang syok sendiri itu.. *ermm Penulis masih berteka teki tentang jantina ku $%^^&#$  haha ok ok pak ampun … Penulis membisikkan kepada ku, Aku dilahirkan sebagai seorang Lelaki, bukan hendak membangga diri tetapi Aku mempunyai rupa paras yang boleh dikatakan sebagai seorang yang ermm agak kacak macam Hero Remaja? *nah baldi …  sila muntah di dalam baldi yang disediakan .. Biarpun Aku baru merasai hidup di dalam cerita ini, Aku sudah berusia 21 tahun ..ehem ehem usia remaja yang sedang meniti saat saat manis kehidupan dan membolehkah Aku mendapat lesen bersosial .. opss bukan lesen untuk masuk ke kelab kelab siang ok .. Berbalik kepada cerita Aku .. Aku bekerja sebagai seorang pelayan@waiter di salah sebuah restoran makan cepat hehe *fast food la .. Erm apa nama restoran dan tempatnya Aku sendiri pun tak tau sebab penulis tidak pernah memberitahu kepada Aku dan yang paling penting Aku masih bujang dan teruna.. ^-^. Yeah!! Ohh itu bukanlah persoalan penting pun tiada kena mengena sama ada yang hidup atau yang mati .. AHH! Apalah yang Aku merepek ni … Ok Ok … Jangan tutup thread ini lagi …  


     AMARAN!! Ini bukan sebuah cerita cinta macam kisah Salju Putih atau Kereta Labu dengan Kasut Kaca .. and then they lived happily ever after !! .. ia adalah er er hanya lah sebuah cinta biasa yang membiarkan kalian tertanya tanya dimanakah tanda noktahnya dan Ada Aku Kisah? *Ayat nak kena bagi Penampar jerk! Dush dush dush eh…eh  silap pang ping pongg!!


     Dan tersebutlah kisah tentang Aku di dalam “ Detik Antara Waktu”

ok cutt!!! cut!!! dah dah balik balik ...


 Director dah beri lampu merah hehe … sambung esok esok jerla yer …hehe   

No comments:

Post a Comment